Syahadah Kami
Photobucket - Video and Image Hosting
Kalendar
Masa

"Tanah Air"

"Perantauan"

Komen
Taujihat

Pengunjung
Nasyidfm.net

PAS terus bergerak ikut landasan Islam
Jumat, 19 September 2008
Kerana sayangkan PAS, satu-satunya gerakan Islam dalam negara yang berjuang mengikut lunas demokrasi bagi memartabatkan Islam di tanah air ini, maka kita akan lakukan apa sahaja untuk memastikan yang PAS ini terus bergerak mengikut landasan Islam yang telah diwarisi sejak dari zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kerana kita gerakan Islam, berjuang atas nama Islam dan Islam itu milik Allah, maka segala detail dan sudut gerak laku dan tindak kerja kita perlulah sentiasa menepati dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya. Panduan tertinggi kita sudah pasti hanyalah al-Quran dan Sunnah selain ijmak dan qias.

Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Dan kita memilih untuk terus berada dalam PAS kerana kita yakin akan janji Allah dan RasulNya, kita sama ada menempuh kejayaan dalam hidup kita atau kita syahid berjuang atau generasi yang mendatang yang bakal menjulang kemenangan itu, apa pun Islam tetap berjaya selagi degupan jantung perjuangan ini terus berdegup, nafas perjuangan ini terus berhembus, yang penting adalah redha Allah SWT.

[baca lagi]
posted by andalus2 @ 04.32   0 comments
Memahami Konsep Al Wala'
Kamis, 04 September 2008
Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu :

Memberikan kasih-sayang
Memberi ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
Mengangkat sebagai pemimpin
Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu
Memberi kepercayaan
Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan

Allah swt. berfirman :


إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُوْلُهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا الَّذِيْنَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَ يُؤْتُوْنَ الزَّكَاْةَ وَ هُمْ رَاْكِعُوْنَ وَ مَنْ يَتَوَلَّى اللهَ وَ رَسُوْلَهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَإِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْغَاْلِبُوْنَ

“Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”.
(al-Maidah: 55)[baca lagi]
posted by andalus2 @ 20.46   0 comments
Hadith Tsulasa’: Renungan tentang Bulan Ramadhan
Rabu, 03 September 2008
Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik: assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup serial kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka serial baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.[baca lagi]
posted by andalus2 @ 15.43   0 comments
Perutusan Mursyidul Am PAS sempena Ramadan
Senin, 01 September 2008
Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.

Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.

Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.

Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.

Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.

Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala. - aza_


posted by andalus2 @ 15.55   0 comments
RESOLUSI SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

Written by Md Azmi Walang
Thursday, 28 August 2008

RESOLUSI

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM

PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

23 – 24 Ogos 2008

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi

anjuran

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan

Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM)

“MENANGANI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA”

1. Menyedari bahawa fahaman liberal semakin meresap masuk melanda pemikiran umat Islam di Malaysia dan Nusantara;

2. Menginsafi betapa penting untuk para ulama’ dan cendikiawan Islam menangani pemikiran liberal dikalangan umat Islam;

3. Menyedari bahawa fahaman liberal ini bahaya kepada aqidah dan syariah Islam;

Maka seminar ini merumuskan perkara-perkara berikut:

1. Menggesa supaya mengelak daripada penggunaan istilah ISLAM LIBERAL sebaliknya menggunakan istilah GOLONGAN LIBERAL, FAHAMAN LIBERAL atau PEMIKIRAN LIBERAL bagi mengelak kekeliruan terhadap perkataan ISLAM.

2. Memohon pihak kerajaan dan pihak autoriti agama peringkat pusat dan negeri menguatkuasakan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali yang ke 74 tahun 2006 berkenaan dengan Aliran Pemikiran Liberal di Malaysia iaitu “memutuskan Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.”

3. Menggesa semua pihak seperti Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Masjid, badan-badan Islam kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dan yang berkaitan supaya memantapkan kelas-kelas pengajian agama dan seterusnya menyedarkan masyarakat tentang bahaya aliran fahaman liberal.

4. Umat Islam di Malaysia sepatutnya mengambil iktibar dari fahaman liberal yang melanda pemikiran umat Islam di Mesir dan juga di Indonesia yang telah menyebabkan banyak pertelingkahan berlaku dikalangan sesama Muslim.

5. Isu-isu spesifik tentang Islam perlu dibicarakan oleh golongan yang berautoriti, berkeahlian dalam bidang mereka dan MESTI mengelak daripada mengambil pandangan-pandangan serpihan.

6. Umat Islam perlu berhati-hati kerana fahaman liberal ini boleh melanda umat Islam bukan sahaja golongan yang tidak berpengetahuan tetapi ia turut melanda golongan yang mengaji dan berpendidikan tinggi.


Sumber: http://www.e-ulama.org/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1



posted by andalus2 @ 07.51   0 comments
About Me

Name: andalus2
Home:
About Me:
See my complete profile
Akhbar
Pertubuhan/NGO
Pimpinan
Pakatan Rakyat
Audio & Video
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Islam for All Blogspot Template by Isnaini Dot Com